Ahad, 13 Mei 2012

CUACA DAN IKLIM

Sistem Suria


a) Putaran Bumi :
               i.          Kejadian Siang dan malam
               ii.         Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.
               iii.        Pembiasan angin dan arus lautan
               iv.        Air pasang dan surut


Putaran Bumi
b) Peredaran Bumi
               i.         Kejadian empat musim
               ii.        Siang dan malam tidak sama panjang



Ciri-ciri Cuaca dan iklim di Malaysia

a) Jenis iklim : Khatulistiwa
b) Ciri-ciri iklim
               i.         Panas dan lembab sepanjang tahun
               ii.        Purata suhu tahunan 27ºC
               iii.       Julat suhu tahunan kecil (1ºC - 2ºC)
               iv.       Hujan tahunan melebihi 2500 mm
               v.        Kelembapan bandingan yang tinggi
c) Sistem angin
               i.         Angin monson barat daya (Mei – Sept)
                    -         hujan lebat di pantai barat Sem Msia, pantai Swak & pantai barat Sabah.

              ii.        Angin monson timur laut (Nov – Mac)
                   -          hujan lebat di pantai timur Sem. Msia, pantai barat Swak,  pantai barat      
                             dan timur Sabah.
                   -          Musim tengkujuh di Kelantan, Terenganu dan Pahang. (banjir)

             iii.        Angin sumatera
                   -          bertiup pada musim peralihan monsoon (April – Mei; Sept – Okt)
                   -          bertiup kencang secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh
                 -         hujan turun dalam bentuk hujan perolakan dan rebut (disertai petir dan kilat)

      iv.                  Bayu darat (waktu malam : udara sejuk dr darat ke laut)







       v.                  Bayu laut  (waktu siang : udara sejuk dr laut  ke darat)






Jenis-jenis hujan


   i.      Hujan relief (Hujan bukit)





         ii.     Hujan perolakan





        iii.    Hujan perenggan




Fakta Gegrafi

Ø  Taburan hujan di Malaysia tidak sekata.
Ø  Bukit Larut (Perak) : Kawasan paling lembab di Malaysia; hujan lebih 5000 mm.
Ø  Kuala Pilah : kawasan paling kering di Malaysia; hujan 1190 mm.
Ø  Hujan maksimum turun pada peralihan tiupan angin monson (April dan Okt) Hujan lebat diturunkan oleh hujan perolakan).

Info Bistari

Ø Kelembapan   Udara :



Ø  Julat Suhu:          





Ø Min suhu  
    tahunan :

jumlah wap air yang wujud dalam
atmosfera.

perbezaan antara suhu tertinggi dengan suhu terendah.

Jum. Suhu Jan hingga Dis dibahagi 12 bulan.




Iklim dan Faktornya


a)   Kedudukan
       -    Malaysia terletak berhampiran G. Khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27ºC) – pancaran  
            matahari lebih banyak.

b)  Angin Monson
      -     sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan Msia 
            menerima hujan sepanjang tahun.
      -     Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.

c)   Ketinggian
       -    Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27ºC).
      -     Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut, udara 
            kurang tumpat.
     -      Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun sebanyak 
            1ºC. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18ºC.
      -     Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin lembab.

d)   Kepulauan
      -     Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan kawasan 
            pedalaman
      -     Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.

e)   Bebas dari taufan dan kemarau panjang
      -     Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6ºU hingga 20ºU.
    -       AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Msia bebas dari 
            kemarau panjang.



Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Sistem Suria

Pergerakan bumi di bahagikan kepada 2 :

i.             Putaran bumi
            a.     kejadian siang & malam
            b.     pasang dan surut
            c.     pembiasan angin

ii.            Peredaran bumi mengelilingi matahari
            a.     kejadian 4 musim
            b.     siang dan malam tidak sama panjang



Kejadian 4 Musim




    i.  Ekuinoks musim bunga (21 Mac)
     a.       matahari tegak di atas kepala di g. khatulistiwa.
     b.       Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
     c.       Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan

     ii. Soltis musim panas
     a.      matahari tegak di garisan sartan
     b.      siang lebih panjang  di hemisfera utara.
     c.      Malam lebih panjang di hemisfera selatan

  iii. Ekuinoks musim luruh (23 Sept)
            a.     matahari tegak di garisan khatulistiwa.
            b.     Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
            c.     Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan.

        iv. Soltis musim sejuk (22 Dis)
             a.    matahari tegak di garisan jadi.
             b.    Malam lebih panjang di hemisfera utara.
       c.    Siang lebih panjang di hemisfera selatan

Fakta Geografi


Ø  Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sambil berputar.

Ø  Bahagian orbit yang paling dekat (Perihelion)matahari berukuran 147 juta km. Manakala bahagian orbit yang paling jauh dari matahari (aphelion) berukuran 152 juta km)

Ø  Orbit bumi adalah laluan edaran matahari berbentuk ‘elips’ atau bujur telur.

Ø  Bumi mengelilingi matahari mengikut pusingan melawan jam; dengan kelajuan 107182 km/j.
Ø  Satu peredaran lengkap mengambil masa 356¼ hari ( 1 tahun).

Info Bistari

Ø  Soltis : perhentian matahari iaitu matahari behenti di garisan Khatulistiwa sebelum berada di utara atau selatan.


Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia


Zon Iklim Dunia



Zon iklim dunia terdiri daripada Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sederhana Sejuk dan
Zon Sejuk. Ciri-ciri bagi kawasan zon iklim tersebut ialah :

1. Zon Panas

  •       Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius.
  •       Hujan tahunan kurang daripada 250 mm.
  •       Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama.

2. Zon Sederhana Panas

  •      Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas.
  •      Suhu antara 21-24 darjah celcius.
  •      musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius.
  •      Hujan tahunan 600-800 mm.
  •      Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah.

3. Zon Sederhana Sejuk

  •      Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius.
  •      Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius.
  •      Hujan turun dalam bentuk salji.
  •     kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Bunga)
  •      Contoh Kawasan : Canada dan Utara China.

  •      Sejuk sepanjang tahun.
  •      Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja.
  •      Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius.
  •      Hujan turun dalam bentuk salji.
  •      Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.




Zon Iklim Dunia

PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK MALAYSIA

     JENIS KEGIATAN EKONOMI

        i.          Pertanian
ii.         Perikanan
iii.        Pelancongan
iv.        Pembalakan
v.         Penjanaan sumber tenaga

                                                                    Pertanian

             Iklim khatulistiwa

 v  panas & lembab sepanjang tahun
 v  suhu 27ºC dan hujan melebihi 2000 mm menggalakkan pertumuhan kelapa sawit, getah, koko,   
         lada hitam dll.
 v  Tanaman padi di Kedah dan Kelantan memerlukan jumlah air yang banyak
 v  Petani tembakau di Kelantan menanam tembakau pada musim kemarau selepas padi dituai
 v kawasan tanah tinggi, cth Cameron Highland dan Kundasang, suhu 18ºC menggalakkan tanaman 
         sayuran dan buah-buahan hawa sederhana dan  teh.

Perikanan
      Iklim Khatulistiwa
v  Cuaca & iklim mempengaruhi kegiatan nelayan di pantai timur Semenanjung dan pinggir pantai Sabah dan Sarawak.
v  AMTL; musim tengkujuh nelayan tidak turun ke laut kerana laut bergelora.
v  Musim tengkujuh; nelayan membaiki perahu, pukat, berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah. Nelayan Pantai barat Semenanjung Malaysia boleh menangkap ikan sepanjang tahun kerana perairannya yang tidak bergelora

                                                             Pelancongan
Iklim Khatulistiwa
v  Kegiatan pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun kerana iklim Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun.
v  Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Pembalakan
     Iklim Khatulistiwa
 v  Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia.
 v  Pelbagai jenis kayu-kayan tropika boleh didapati seperti cengal, keruing dan meranti.
 v  Hasil kayu-kayan menyumbangkan pendapatan Negara.
                   
Penjanaan Sumber Tenaga
     Iklim Khatulistiwa

   v Jumlah hujan yang banyak melebihi 2500 mm setahun membolehkan Malaysia berpotensi memajukan  sumber tenaga elektrikhidro.
  v  Contoh empangan KEH di Malaysia , Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Bakun  dll.
  v  Sumber tenaga ini penting untuk keperluan domestic dan  industri

PENGARUH  MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kegiatan manusia seperti penebangan hutan, pertanian, perindustrian dll memberi kesan-kesan:


       i.  Peningkatan suhu
  v  Aktiviti perkilangan, asap kenderaan dan bahan bakar mengeluarkan bahan pencemaran    
              seperti karbon monoksida,   
             hidrokarbon, oksida nitrogen, habuk dan debu.
  v  Bahan pencemar menyerap sinaran matahari gelombang pendek.
  v  Suhu bumi akan terus meningkat.
  v  Kekurangan / ketiadaan hutan
            -     akan menyebabkan peratus bahang matahari terus sampai ke permukaan bumi.
            -     Peningkatan kandungan gas carbon dioksida sedangkan gas oksigen semakin  
                   berkurangan.

ii. Kesan rumah hijau



iii. Jerebu
  v  Apabila terdapat debu, asap,abu serta gas dan pepejal terampai di atmosfera.
  v  Terhasil daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelapasan asap kilang dan kenderaan.
  v  Jerebu memberi kesan kesihatan seperti kerosakan penglihatan, mengganggu pernafasan dan 
              radang paru-paru

     iv. Hujan Asid


Fakta Geografi
Ø  Hujan asid menyebabkan
·          Kemusnahan kehidupan akuatik.
·          Tanah berasid; tidak sesuai untuk pertanian.
·          Pencemaran air minuman
·          Kerosakan harta benda (kenderaan & bangunan.
·          Penyakit kulit kepada manusia dan haiwan


     v. Pulau haba berpunca dari
 v  Bangunan konkrit dan jalan raya
 v  Bahan cemar seperti debu, habuk dan gas menyerap bahang matahari.
 v  Proses pepeluhan jarang berlaku kerana kurang litupan awan.
 v  Haba dibebaskan oleh kenderaan, kilang dan pembakaran sampah.

      vi. Penipisan lapisan ozon


Fakta Geografi
Ø  Ozon adalah lapisan yang berada pada paras 20 – 25 km dr permukaan bumi.
Ø  Lapisan ozon ini akan melindungi kita (menyerap) daripada sinaran ultra ungu yang berlebihan.
Ø  Lapisan ozon akan menipis seterusnya berlubang apabila banyak terdapat bahan CFC (klorofluorokarbon) di udara.
Ø  CFC boleh didapati daripada:
·          Penyembur racun serangga, minyak wangi, penyaman udara.
·          Ujian tenaga nuclear(gas hydrogen dan nitrogen)
·          Penggunaan naja nitogen


     vii. Kemarau
 v  Keadaan dimana kurang hujan atau tidak ada hujan .
 v  Suhu di pemukaan bumi akan meningkat.
 v  Berlaku apabila wujud pembalakan tidak terkawal dan pertanian pindah secara berleluasa.
 v  Pemusnahan hutan akan menyebabkan kawasan tadahan hujan musnah, sumber air  
          brkurangan.
 v  Kitaran hidologi akan terganggu.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan